skip to Main Content

Memperkenalkan versi Malaysia bagi “Menyambung ke Rangkaian dengan NodeXL”

Memperkenalkan versi Malaysia bagi “Menyambung ke Rangkaian dengan NodeXL”

Terokai Kuasa Analisis Rangkaian Sosial dengan NodeXL

Menjejaki dunia analisis rangkaian sosial dengan panduan rasmi bagi NodeXL yang merupakan alat utama untuk meneroka dan menggambarkan rangkaian yang kompleks. “Sambung ke Rangkaian dengan NodeXL: Panduan Rasmi” menyediakan panduan langkah demi langkah yang komprehensif untuk membantu anda memanfaatkan potensi penuh NodeXL dengan tidak kira sama ada anda seorang penganalisis baru atau berpengalaman.

Panduan yang ditulis oleh pasukan yang mereka bentuk dan membangunkan NodeXL ini merupakan teman penting kepada sarjana, penyelidik, penganalisis, pengajar dan pelajar yang meneroka rangkaian laman web yang dicipta melalui rangkaian komputer.

“Sambung ke Rangkaian dengan NodeXL: Panduan Rasmi” ini ialah teman penting anda untuk menguasai seni analisis dan visualisasi rangkaian, tidak kira sama ada anda seorang penyelidik, pelajar atau profesional.

Fitur-Fitur Utama

  • Konsep dan Kaedah Teras: Pelajari asas analisis rangkaian sosial dan gunakannya untuk mengkaji media sosial dengan mudah seperti membuat carta pai dengan NodeXL Pro.
  • Liputan Komprehensif: Panduan ini memperkenalkan NodeXL kepada pengguna baharu dan menerangkan setiap fitur secara terperinci, daripada pemasangan dan import data kepada metrik graf lanjutan dan teknik visualisasi.
  • Contoh-Contoh Praktikal: Contoh dunia sebenar dan kajian kes menunjukkan cara NodeXL boleh digunakan untuk menganalisis rangkaian daripada platform media sosial seperti X (dahulunya Twitter), YouTube, Instagram dan lain-lain.
  • Analisis Lanjutan: Terokai fitur lanjutan seperti analisis kandungan, analisis sentimen, analisis siri masa dan papan pemuka (dashboard) data NodeXL Pro INSIGHTS.
  • Alat Visualisasi: Sesuaikan dan perhalusi visualisasi rangkaian anda dengan set pilihan yang luas dan algoritma reka letak NodeXL.
  • Pengenalpastian Elemen Utama: Gunakan NodeXL untuk mengenal pasti orang, kumpulan, topik dan acara penting dalam koleksi rangkaian beranotasi.
  • Keupayaan Automasi: Ketahui cara mengautomasikan analisis anda untuk menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan.
  • Fitur-Fitur Terkini: Semak semua fitur terkini bagi aplikasi analisis rangkaian sosial NodeXL.

Tentang Pengarang: Harald Meier merupakan Ketua Saintis Data di Yayasan Penyelidikan Media Sosial (Social Media Research Foundation). Beliau menggunakan pengalaman dan kepakaran beliau yang luas dalam analisis rangkaian sosial untuk menulis panduan rasmi ini. Penerangan beliau yang jelas dan ringkas menjadikan konsep yang kompleks boleh diakses dan difahami oleh semua orang.

Tentang Penterjemah: Manual ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh penyelidik Malaysia yang berwibawa, iaitu Profesor Madya Dr. Mohd Ali Samsudin dan Dr. Goh Kok Ming, bagi memastikan terjemahan yang tepat dalam konteks Malaysia. Memandangkan Bahasa Melayu turut difahami secara meluas di Indonesia, Brunei, dan Singapura, buku terjemahan ini akan memberi manfaat kepada sebahagian besar rantau Asia Tenggara, khususnya Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura.

Mulakan pada hari ini dan terokai kuasa yang tersembunyi dalam data rangkaian anda!

Back To Top